RESEPI UDANG GALAH GORENG BEREMPAH

udang galah goreng berempah
udang galah goreng berempah

Bahan-bahan:
  • 10 ekor udang galah
  • 1/2 biji bawang merah/besar- di potong bulat
  • 2 cm halia-di mayang
  • 5 helai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara memasak:
  • Bersihkan udang,tos dan keringkan airnya.Kemudian masukkan serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari,serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  • Setelah itu masukkan garam secukup rasa
  • Gaul sebati udang dan perap seketika.
  • Panaskan minyak,tumis halia mayamg sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari
  • Akhir sekali,masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu.
  • Sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment