Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Kuih Koci Pulut Hitam
Kuih Koci Pulut Hitam 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 5 sudu makan beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak
  • sedikit garam
  • 1 cawan air 
  • jangan curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit-sikit shingga doh tak lekat di tangan.. 
  • tepung pulut dan beras pulut hitam serta garam di adun sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras dan tak lembek sangat..
  • inti kelapa 
  • 1 biji kelapa parut 
  • 2 biji gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air 
  • daun pandan disimpul
Cara-Cara:
  • masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
  • masukkan kelapa parut, masak sekejap atas dapur..agak-agak dah kering masukkan bancuhan tepung gandum tadi..masak sehingga ia lembab-lambab ..kemudian sejukkan
  • bulat-bulatkan inti tersebut
  • daun pisang dilayur atas api
**kuah santan pekat
  • 2 sudu besar tpg beras
  • 2cawan santan pekat
  • sedikit garam
  • campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
Cara-cara:
  • masakkan air rebusan dalam satu periuk untuk masak kuih koci 
  • ambil sedikit adunan tepung pulut tadi. Bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
  • air rebusan dah mendidih..masukkan doh-doh kuih koci ni dalam air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
  • masukkan pula kuih koci ni dalam adunan campuran santan dan tepung beras 
  • guna sudu ambil doh koci sekali dengan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus cantik-cantik
  • kemudian kukus la sekejap dalam 7 minit untuk bagi aroma daun pisang..

No comments:

Post a Comment