RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG

harimau menangis.....mantoppp!
harimau menangis.....mantoppp!😋😋😋😋😍

1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- secubit dua serbuk kunyit
- sedikit perencah secukup rasa

2. Tambahkan bahan tumbuk:
- sebatang serai
- sehiris nipis halia
- seulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.

3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
baki sos perapan tadi jangan dibuang
Daging yang dibakar jangan terlebih masak.Sebab nanti rasa daging kering
nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah

4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.

5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika. Hirislah daging nipis-nipis.

RESEPI SAMBAL PENCICAH
1. Sediakan bahan di bawah:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan

2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.

3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.

4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.

5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.

Kredit Resepi : Afy AL Habibi‎ (boleh terjah FB dia...)👍👍👍👍👍

1 comment:

  1. Ya ampun!
    Sedapnya....tertelan-telan air liur ni!

    ReplyDelete