Makan Nasi Kukus Tonggek di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
nasi kukus tonggek, Bukit Bintang

nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
nasi kukus tonggek, Bukit Bintang
Dekat Bukit Bintang KL ni, memang tempat yang sering jadi tumpuan orang ramai termasuk para pelancong. Jadi banyak tempat-tempat makan yang menarik yang ada di sini. Kalau nak elak dari kesesakan lalulintas, korang boleh ke sini dengan train...KL ni mudah kalau nak berjalan-jalan dengan train berbanding kalau nak drive sendiri.

Restoran Nasi Kukus Tonggek ni berdekatan je dengan stesen MRT...di sebabkan masa aku sampai sini, hujan lebat, jadi aku cari makan yang dekat-dekat dengan stesen train ni je la....Nasi Kukus Tonggek ni pun nampak cam best jer...dan rare sikit dari yang lain...so aku decide nak try la nasi kukus tonggek ni...

senarai menu di nasi kukus tonggek
senarai menu di nasi kukus tonggek

selain nasi kukus tonggek, ada jugak kopi tonggek!
selain nasi kukus tonggek, ada jugak kopi tonggek!😅
Aku nak try makan nasi kukus tonggek ayam...cara presentation nasi tonggek ni pun agak rare gak...nasi diletakkan dalam bekas yang macam tin susu, kemudian di siram dengan kuah kari diatas nasi..dan last sekali di cucuk-cucuk dengan ayam di atas bekas tersebut...kalau nak makan, kena keluarkan semuanya dulu dari bekas tu....
ni nasi tambah...bentuk love uollss
ni nasi tambah...bentuk love uollss

set nasi kukus tonggek ayam
set nasi kukus tonggek ayam
Aku order 2 set nasi kukus tonggek ni dengan 2 nasi tambah....
jom makannnnn!!!
jom makannnnn!!!😋😋😋😋😋
Kalau korang nak makan Nasi Kukus Tonggek ni, boleh la cari di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi Nasi Kukus Tonggek ni adalah seperti di bawah. (berdekatan dengan LOT10)

GPS koordinat: 3°08'46.1"N 101°42'42.0"E atau 3.146135, 101.711667

No comments:

Post a Comment