Bawa anak-anak main di Berjaya Times Square Theme Park

 

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square ni terletak di  Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Berjaya Times Square ni sebenarnya adalah shopping mall. Tapi di sini ada satu tarik yang sangat menarik di mana terdapat indoor theme park dalam mall ni. Theme park ni berada di tingkat 5 (pintu masuk theme park) hingga tingkat 7.
Stesen train monorel Imbi
Stesen train monorel Imbi
Kalau korang taknak serabut dengan jalan jem dan parking, aku suggest korang naik train jer. Korang cari stesen Imbi, sebab stesen ni memang bersambung terus dengan Berjaya Times Square....keluar je train terus masuk pintu berjaya times squareπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ada lebih kurang 28 game yang korang boleh cuba dalam theme park ni....antaranya adalah bubble's express, beat saber, doomsday survival(VR), haunted house(VR), commando league(VR), starship, haunted house, waterless aquarium, cosmic games, spinning orbit, dizzy izzy, robo crash, supersonic odyssey roller coaster, fantasy games, zoofari fun ride, molly-cool's swing, botanic drive, crazy bus, super run, fantasy trail, honey bump, buddy go round flying bumble bee, theater kidz playground, the fantasy labyrinth,dan party room.

Theme park PARKMAP
Theme park PARKMAP
Theme park ni beroperasi setiap hari. Isnin hingga khamis theme park ni mula beroperasi dari 12 tengahari sehingga jam 8 malam. sabtu, ahad dan public holidays pula bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.
laluan track supersonic odyssey roller coaster
laluan track supersonic odyssey roller coaster

bubbles's express
bubbles's express

tinggi oooooo spinning orbit ni..gayat!
tinggi oooooo spinning orbit ni..gayat!

dizzy izzy
dizzy izzy

spinning orbit
spinning orbit

bahagian game untuk kanak-kanak
bahagian game untuk kanak-kanak
Itu la dia theme park ni.....sesuai bawa anak jalan-jalan terutamanya waktu cuti sekolah...Berjaya Times Square theme park ni dikatakan yang terbesar indoor theme park di Malaysia ni...diorang claim la kan...aku pun dah pernah pergi indoor theme park dekat genting highland...rasa macam sama jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kepada korang yang nak ke Berjaya Times Square Theme Park ni, selain monorel yang aku bagitau korang tadi, korang juga boleh naik MRT dan turun di stesen Bukit Bintang, tapi yang ni jauh sikit, korang kena berjalan lebih kurang 10 minit untuk kr Berjaya Times Square ni...

Di sertakan kat bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 3.1422118391796685, 101.71071245881373

No comments:

Post a Comment