RESEPI TELUR BISTIK

TELUR BISTIK
TELUR BISTIK

Bahan-Bahan:
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 5 biji cili padi - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih -  cincang halus
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1/3 cawan daging cincang
  • 1 camca besar mayonaise
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • sedikit Sos Ikan
  • sedikit air
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
  • 1/2 inci halia - cincang halus
Bahan Hiasan:
  • hirisan daun bawangcili merah - buang biji dan potong kecil
Cara-cara:
  1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.
  2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.
  3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.
  4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.
  5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.
  6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.
  7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

No comments:

Post a Comment