sup pekat ikan merah |
Bahan-bahan:
- Ikan merah (kepala ikan tu paling sedap)
- 2 peket kecil rempah sup adabi
- Setengah sudu teh lada hitam biji(tumbuk je kasar-kasar)
- Cili burung 4,5 biji di hempuk-hempuk je kasar-kasar.
- Garam, gula secoet(ikut sesedap rasa). Yang suka pak aji boleh je letak.
- Asam keping sekeping
- Bawang besar 2 biji, bawang putih 6 ulas dan halia dikisar kasar.
Cara:
Tumis bahan-bahan kisar hingga garing, masukkan secawan air, lada hitam dan rempah sup.
Tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air dalam 4 cawan. Jangan banyak sangat air sebab kita nak sup pekat. Masukkan asam keping, cili burung, garam dan gula. Biar hingga menggelegak. Masukkan ikan dan rasa secukupnya. Kemudian sekali baru masukkan buah tomato, daun bawang/sup. Dah siap!!
Kredit resepi: Amy Aziz Mohamed
No comments:
Post a Comment