Naan Cheese |
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 ½ sudu besar yis
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- ¾ cawan air suam
- Secubit garam
- Cheese mozarella
Cara-cara:
- Campur yis, gula & susu pekat dalam air suam.Tunggu yis kembang.
- Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.
- Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.
- Rehatkan doh 30-45 minit.
- Tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin,bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.
- Bulatkan dan gelek semula. Rehatkan doh sekejap.
- Boleh masak atas pan.Tutup pan dan masak dengan api kecik.
- Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.
*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan...
Kredit resepi: Ain Kamarudin
No comments:
Post a Comment