RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI

kailan ikan masin
kailan ikan masin

Bahan-bahannya:
  • 2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan
Cara-Cara:
  • Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, 
  • Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
  • Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  • Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing. 
  • Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu . 
  • Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
  • Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau. 
  • Akhir sekali masukkan sayur kailan. 
  • Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . 
  • Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya. 
  • Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
  • Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment