Resepi Tepung Gomak

Tepung Gomak
Tepung Gomak

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • 2/3 cawan air
Caranya:
Campurkan tepung pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan..Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2x dari onde2 gula melaka)

Bahan untuk Inti Kelapa Manis:
  • 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas untuk lembabkannya)
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
  • daun pandan disimpul
Caranya:
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau tak ada kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas untuk lembabkannya) masak sekejap atas dapur..agak-agak dah kering masukkan bancuhan tepung gandum tadi..masak sehingga ia lembab-lembab ..kemudian sejukkan
bulat-bulatkan inti tersebut.

tepung kacang hijau:
1 cawan kacang hijau dibersihkan dan digoreng sebentar..jangan hangit ye..sekejap je.
kemudian kisar kacang ni sampai hancur.
tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tpung untuk tepung gomak..lebihan tepung boleh disimpan

Caranya:
Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedalam adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu panaskan air
rebus adunan ini.. nampak terapung angkat dan toskan
salutkan adunan ni dengan tepung kacang hijau yang diayak tadi. siap!

Kredit resepi: Tahrunnisah Jali

No comments:

Post a Comment