CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK

petai jeruk
petai jeruk

Bahan:
  • Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
  • Garam (1 cawan garam)
  • Air secukupnya
  • beberapa keping asam gelugur
Cara Membuatnya:
  • Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya.
  •  Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam. 
  • Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.
Nota :
  • Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak. 
  • Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.

No comments:

Post a Comment