|
Petrosains, Suria KLCC |
|
Petrosains, Suria KLCC,Aras 4 |
Petrosains yang terletak di Aras 4, Suria KLCC adalah merupakan tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan. Tempat yang penuh dengan aktiviti interaktif yang boleh di cuba sendiri oleh anak-anak sambil belajar berkenaan konsep sains pada setiap game interaktif tersebut.
|
setiap stesen ada aktiviti sains yang menarik |
|
laluan masuk dan keluar pun cantik |
Ada satu stesen yang korang boleh merasai suasana serta peralatan di pelantar minyak. Semuanya direka seperti benar-benar berapa di atas pelantar minyak. Korang juga boleh tengok gerudi sebenar yang digunakan untuk carigali minyak..
|
mata gerudi carigali minyak |
|
pelantar minyak...seolah-olah kita berada di atas pelantar |
Selain tu, ada juga bahagian yang menunjukkan "kelajuan"...ada kereta F1 dan korang juga boleh main game F1 dengan screen besar feeling-feeling macam korang drive sendiri la kat litar sepang tuπ
π
π
...
|
boleh main game F1 |
|
kereta F1 sebenar |
Selain pameran dan aktiviti sains yang ada dipetronas ni, ada satu lagi yang rare la gak bagi aku...sebab dalam petrosains ni pun ada taman dinosaur...siap ada jambatan gantung lagi untuk menyeberang taman yang penuh dengan dinosaur tu..dinosaur tu seolah-olah cam hidup...tapi sebenarnya robot jeπππ
|
dinosaur tengah kira telur dia sendiriπππ |
|
jambatan gantung menyeberangi taman dinosaur |
Kadar bayaran tiket masa aku datang ni macam dalam gambar kat bawah ni...masa ni cuti sekolah..jadi kena beratur panjang la nak beli tiket...kalau nak beli online pun boleh tiket ni...
|
kadar harga tiket petrosains |
Jadi kesimpulannya memang menarik la datang jalan-jalan bawa anak ke petrosains ni....tiket pun takde la mahal sangat...ilmu sains secara tak langsung pun diorang dapat jugak...
Jadi boleh la datang ke sini, Petrosains, Suria KLCC, aras 4......GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 3.157892898173291, 101.71197880156397
No comments:
Post a Comment