|
Restoran Uncle Wan Nasi Kukus |
Port terbaik untuk peminat nasi kukus di area Kepala Batas, Pulau Pinang ni, korang boleh cari di Bertam Putra. Di Bertam Putra ni ada satu restoran khusus yang berniaga nasi kukus....Depa panggil restoran ni Restoran Uncle Wan Nasi Kukus...
Menu diorang ni ada empat jer...taktau la nanti-nanti ada tambahan menu lain pulak...tu aku tak pasti la...setakat yang aku datang ni, menu diorang adalah nasi kukus set ayam percik, nasi kukus set daging kerutuk, nasi kukus set ayam bermepah dan nasi kukus set ayam merahπππ
|
menu uncle wan nasi kukus |
Aku ambil nasi kukus set ayam berempah...korang boleh pilih yang biasa ataupun special...Kalau special tu ada tambahan pageri nenas dan telur masin...memang padu beb...
|
nasi kukus set ayam berempah |
|
nasi kukus set ayam berempah special |
Uncle Wan Nasi Kukus ni ada 2 tingkat..boleh la pilih korang nak makan kat tingkat atas or bawah...kalau nak privacy boleh panjat tangga makan di tingkat atas..tapi kalau makcik-makcik sakit lutu, makan kat bawah jer laπππ
|
menu-menu jadi hiasan dinding |
|
menu-menu jadi hiasan dinding |
|
ruang makan tingkat atas |
Bagi aku, sedap la nasi kukus di sini dan sangat recommended untuk korang pula kalau nak try makan nasi kukus ni. Boleh cari di Bertam Putra. GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 5.519128564841652, 100.48257679492366
No comments:
Post a Comment