|
sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi |
|
Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol |
Warung roti canai ni agak ke dalam sikit dari jalan besar, Jalan Gula. Landmark jalan untuk masuk ke laluan ke warung ni adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Bila jumpa sekolah tu, korang kena alert la untuk masuk kelaluan ni.. Ni laluan jalan sawah pagi (jalan tali air), tapi jalan dah bertar, cuma kalau berselisih kereta tu mencabar gak la😅
|
akak penebar roti canai |
|
roti canai gemul-gemuk |
Korang boleh beli bungkus atau boleh je terus makan di warung ni. Warung ni cuma ada roti canai je la.. takda menu lain.. Kalau makan di warung ni, boleh la layan suasana pagi sawah padi..Boleh juga namapak gunung semanggol dari sini...
|
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air |
Lokasi warung ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 4°56'50.8"N 100°37'16.5"E atau 4.947445, 100.621254
No comments:
Post a Comment