|
Pasar Payang, Kuala Terengganu |
Ni kira aku datang kali kedua pasar payang yang baru ni..kali pertama pada 2019..Masa tu kira baru buka je Pasar Payang yang baru ni.
Posting tu boleh tengok SINI. Pasar Payang yang lama pun aku sempat la terjah..Masa tu Pasar Payang bangunan lama.
Posting pasal Pasar Payang Lama boleh tengok SINI.
Aku sarapan kat pasar payang ni sebab frust tak dapat makan nasi dagang atas tol sebab masa aku sampai dalam pukul 9 pagi, nasi dah sold out sejak jam 8.30 pagi!!!!πππ... Last-last tukar plan sarapan je di Pasar Payang..Lepas sarapan terus shopping.....
|
gerai-gerai sarapan di Pasar Payang |
|
Gerai jual makanan sarapan di sepanjang bahagian hadapan Pasar Payang |
Di pasar payang ni pun banyak juga pilihan makanan untuk korang nak sarapan. Roti canai pun ada...Tapi ramai gila la orang yang datang sini..tambah-tambah pula masa aku datang ni waktu cuti sekolah...
|
megi sup |
|
roti canai |
|
roti canai banjir |
|
nasi kukus |
Tu semua makanan sarapan aku la...Korang pilih la sendiri nanti kalau nak bersarapan disini. Lepas sarapan...terus pergi shoppingπππ...Boleh shopping barang-barang makanan seperti keropok, budu, serunding dan lain-lain...Nak shopping kain baju pun banyak gak pilihan di sini.
|
shopping barang-barang makanan |
|
nak shopping kain baju |
|
penuh dengan manusia nak shopping |
|
ni jalan masuk utama pasar payang |
Ni kira tempat wajib datang la kalau ke Kuala Terengganu. Cabaran nak masuk ke sini adalah nak cari parking memang susah la sikit..kena bersabar.. Tapi masa aku datang ni dah ada tempat parking berbayar...Jadi kalau dah give cari parking di bahagian luar, boleh je terus masuk kat tempat parking berbayar ni...tak mahal pun...Sila la datang yeeeeeππππππ
GPS koordinat Pasar Payang:
5°20'16.3"N 103°08'08.6"E atau
5.337866, 103.135732
No comments:
Post a Comment