|
restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu |
|
restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu |
Restoran Sri Juara Seafood ni terletak di Kampung Gong Datuk, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. menu utama disini masakan ala thai yang di masak panas-panas. Waktu operasi bermula dari 5 petang hingga ke 3 pagi. Maknanya restoran ni untuk korang yang nak cari makan petang atau makan malam je.. Makan tengahari takda ye sini...setakat yang aku datang ni la..lepas-lepas ni taktau la mungkin diorang buat juga untuk makan tengahari.
|
jom makan panas-panas, sedap |
|
siakap 3 rasa |
|
daging masak merah |
|
kailan ikan masin |
|
tomyam campur (padu ni) |
|
telur dadar |
Aku ambil menu set. Dalam menu set tu siakap masak stim, tapi aku minta tukar ke siakap 3 rasa sebab anak aku tau makan siakap 3 rasa jer, kalau masak jenis lain tak makan diorang ni. Menu set yang aku ambil ni sesuai untuk 4-5 orang makan (2 dewasa, 3 kanak-kanak)... kalau semua dewasa, tak sesuai menu set ni😂😂😂😂...
Overall menu yang aku makan ni memang sedap la...Aku pulak travel jauh-jauh ni, baru sampai je Kuala Terengganu, sekali dengan perut pun dah lapar gila, ngam la dapat makan sedap macam ni. Rekomen untuk korang nak makan sini. Kalau taktau lokasi dekat mana, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 5°24'36.7"N 103°04'32.0"E atau 5.410188, 103.075568
No comments:
Post a Comment