|
Mr Celup Tepung Station (MCTS) |
|
Mr Celup Tepung Station (MCTS) |
Sememangnya disepanjang Pantai Penarik ni banyak restoran makanan celup tepung. Sangat menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada cuti sekolah ataupun cuti umum. Restoran Mr Celup Tepung Station (MCTS) ni first time aku singgah makan. Tengok ramai orang yang singgah, sedap la kot, jadi aku pun nak try la gak kanππ.... Sebelum ni aku dah pernah makan celup tepung ni di Pantai Penarik, tapi di
Restoran Celup Tepung Ombak Pantai (Klik SINI).
|
MCTS di tepi pantai yang indah..... |
Tambah-tambah pulak MCTS ni betul-betul sebelah dengan pantai. Sambil makan, sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa dari laut...syahdu oiiiπ
|
woww, ketam celup tepung |
|
antara celup tepung yang ada, semua harga per 100gram |
|
beratur panjang tunggu giliran |
harga setiap 100gram aku taknak tulis la dalam blog ni sebab aku rasa, harga ni mungkin akan berubah berdasarkan keadaan ekonomi semasa...Takut harga yang aku makan sekarang tak sama dengan harga yang korang makan...Tapi yang aku makan sekarang pun tercirit gak la nak bayarππππ....
Aku just ambik dua menu jer iaitu sotong celup tepung dan udang celup tepung...Sotong tu diorang akan potong-potong siap-siap supaya senang korang nak makan nanti.
|
sotong celup tepung yang dah siap potong |
|
udang celup tepung |
|
2 ketul sotong celup tepung yang belum dipotong |
Dari segi kesedapan, memang sedap la makan celup tepung di Mr Celup Tepung Station (MCTS) ni... Selain celup tepung ada juga menu lain seperti megi sup, megi ketam, bihun sup dan lain-lain seperti dalam gambar di bawah ni.
|
menu lain selain celup tepung di MCTS |
|
menu set celup tepung |
Oklah...recommeded untuk korang pula makan di sini. Senang jer nak cari restoran Mr Celup Tepung Station (MCTS) ni. Berada di Pantai Penarik. Boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan korang.
GPS koordinat: 5°36'00.4"N 102°49'17.6"E atau 5.600121, 102.821560
No comments:
Post a Comment