|
Muzium Negeri Kelantan |
Bangunan ini telah didirijan dalam tahun 1930an sebagai Pejabat Tanah Kota Bharu. Dalam tahun 1990 pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikan bangunan ini sebagai balai pameran dan pejabat Perbadaran Muzium Negeri Kelantan. Di muzium ini dipamerkan tentang sejarah Negeri Kelantan dan kebudayaan seperti wayang kulit, mak yong dan lain-lain alat muzik traditional secara umum dan satu ruang legar yang khusus untuk pameran sementara yang diadakan dari masa ke semasa. Muzium Negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 6 ogos 1990.
|
ruang legar pameran |
Bagaimana nama Negeri Kelantan diperolehi?😎.... Mengikut cerita masyarakat tempatan, sebelum menjadi negeri, dipanggil oleh orang -orang patani "Klang Tang". Kedua-dua bahasa ini dari perkataan siam iaitu "Klang" bererti tengah dan "Tang bermaksud tempat. Maka jadilah "Klang Tang" itu "tempat tengah" kerana pelayaran orang-orang pattani ke Terengganu terpaksa berhenti di tempat tengah yang menjadi perantaraan antara Pattani dan Terengganu sebagai persingggahan sementara. Ada juga versi lain berkenaan asal usul nama kelantan ini. Boleh baca di Muzium ini
Banyak kisah-kisah sejarah berkenaan Kelantan ada di Muzium ini. Berikut adalah gambar-gambar berkenaan barangan bersejarah yang terdapat di dalam Muzium Kelantan.
|
peralatan tradisional masyarakat Kelantan |
|
penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan |
|
wayang kulit Kelantan |
|
replika Gua Cha |
|
replika Gua Cha |
Kepada yang ingin mencari Sejarah berkenaan Negeri Kelantan, boleh la datang ke muzium ini. Disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi jika nak datang sini.
GPS koordinat: 6.1250469922395565, 102.23829840608943
No comments:
Post a Comment