Resepi Nasi Bukhari Ayam

Nasi Bukhari Ayam
Nasi Bukhari Ayam

Bahan:
  • 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 3 sudu besar rempah kurma + 1 sudu besar sos tomato [bancuhkan]
  • 2 biji buah tomato [belah 4]
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan susu cair/yogurt
  • 1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih tumbuk
  • 3 cm halia
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
Cara masak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih. Boleh juga masukkan ayam dan gaul dgn bahan tumis dan rempah sampai masak baru masukkan air.
  4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
  6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Kredit resepi: kak hanieliza

No comments:

Post a Comment