Resepi Asam Laksa

 

Asam Laksa
Asam Laksa

Bahan-bahan:
  • Sebungkus laksa (celur atau rebus kejap je..nak laksa tu kenyal-kenyal makan nanti)
  • Bahan kisar(ground spice paste)
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan
  • (semua dikisar halus)
Bahan Untuk Kuah:
  • 3-4 ekor selar kuning yg agak besar-besar ya-ambil isi sahaja..cerai-ceraikan atau lecek dgn garfu sahaja
  • 1 tin Sardin (425gm)-buang tulang..isi sekadar cerai2kan secara kasar..tak perlu halus,sos jugak diambil nanti
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 3 -4 tangkai daun pudina
  • Daun kesum
  • 1 batang serai ketuk2 je
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan jus asam jawa(adjust masam ikut korang nak la ye)
  • 4 keping asam keping
Bahan Sampingan:(garnishing)
  • Nenas dihiris
  • Bawang besar dimayang
  • Cili merah besar hiris
  • Cili padi (optional)
  • Timun
  • Daun salad
  • Daun pudina
  • Petis/otak Udang
Cara membuatnya:
  • Bersihkan ikan selar kuning dan rebus hingga masak..keluarkan ikan,asing isi(cerai2kan/lecek dengan garfu),air rebusan ikan simpan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • masukkan air rebusan ikan tadi,campakkan serai yang telah dititik/ketuk-ketuk tadi..biar mendidih,masukkan asam keping dan air asam jawa..biar mendidih
  • Masukkan daun kesum,daun pudina,bunga kantan yg telah dibelah dua.
  • Perlahankan api dan masukkan perlahan lahan Ikan sardin bersama sosnya tadi..kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa,biarkan kuah direneh dahulu..pastikan kuah secukup rasa..Kuah Assam laksa seharusnya lebih dominan dengan rasa masam.
  • Akhir sekali bolehlah dihidangkan dengan laksa dan ulam-ulaman.
  • Jangan lupa masukkan petis udang jugak untuk rasa yang lebih lazat

kredit Resepi: sis Siti Yani Ishak

No comments:

Post a Comment