- Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
- Hebat seseorang kerana mampu mengawal marahnya saat hati sedang dilukai. Mengalah bukan bermakna seseorang itu lemah. Itu kerana dia mengalah untuk menang.
- Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.
- Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.
- Jika ingin mimpi menjadi kenyataan.. kamu perlu bangkit dari lenamu.
- 1000 batang mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selamanya, tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.
- Bila nak buat benda baik, banyak saja halangannya.. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa.
- Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bersyukurlah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan.
- Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. fikikan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.
- Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang,belum tentu ia kematangan sebenar-benarnya.
- Tak perlu kisah orang pandang rendah, apa yang penting cita-cita dan usaha kita tinggi.
- Orang yang hebat asalnya tidaklah sehebat mana..
- Seseorang yang tidak berputus asa amat sukar untuk ditewaskan.
- Orang berjaya tidak akan mengalah. Orang yang mengalah tidak akan berjaya.
- Orang yang biasa boleh jadi luar biasa hebat, bila tidak berputus asa walau berbagai rintangan.
- Janganlah sering berandai-andai dengan segala yang berlaku. Redhalah dengan ketentuan, bersyukurlah dengan pemberian, sabarlah dengan dugaan, tetaplah dalam pengharapan, kerana Allah maha pengasih maha penyayang.
- Dalam setiap masalah ada terdapat peluang. Anda perlu melihatnya !
- Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan. Lakukannya sekarang !
- Ambil langkah pertama walaupun belum dapat melihat langkah seterusnya.
- Kesusahan hari ini adalah kesenangan hari esok !
Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
20 NUKILAN MUTIARA KATA
Labels:
mutiara kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment