Resepi mee kuah sempoi

Bahan-bahan:
Daging & ayam potong kecil & nipis
Bawang putih 5@6 ulas
Sawi
Tomato
Cili padi (kalau suka pedas)
Telur 3 biji
Mi kuning 2 pax kecil/1 pax besar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
Gula & garam secukup rasa
Limau nipis

Cara-cara:

1. Rebus daging & ayam sampai empuk, ambil & ketepikan air rebusan untuk kuah mi.
2. Ketuk bawang putih, panaskan minyak, & tumiskan bawang putih.
3. Masukkan daging & ayam yg direbus empuk tadi.
4. Masukkan air rebusan daging & ayam
5. Masukkan sos cili, sos tomato & kicap. Perasakan dengan gula & garam.
6. Apabila kuah menggelegak, pecahkan telur.Jangan kacau kuat/kerap sbb takut telur pecah berderai dalam kuah. Biarkan berketul-ketul.
7. Agak-agak telur dah masak, masukkan mi kuning, sayur sawi & tomato. Perah asam limau sikit. Kacau sebati.
8. Siap & hidang

Kredit resepi: aelyn azlan

No comments:

Post a Comment