Resepi gulai ayam

gulai ayam
gulai ayam 

Bahan-bahan:
  • 8 atau 9 ketul ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • Bahan kisar halus:
  • 1 biji bawang merah
  • halia sebesar ibu jari lebihkan sikit
  • kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari lebihkan sikit
  • Serai 2 batang
  • 1 sudu besar serbuk cili@cili kisar
  • 1 peket kecil rempah kari
  • 1 keping asam
  • 1/2 keping gula melaka/gula nise
  • Air dan santan secukupnya..(@ satu 1/2 cawan saja)
  • cili merah dan cili hijau atau cili api untuk lebih pedas jika suka
  • 3 biji kentang potong wedges
  • 2 helai daun limau purut..(tak letak pon takpe)
Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bsama bunga lawang kukit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
  • masukkan cili kisar@serbuk cili seterusnya bahan yg dikisar tadi..masak hingga garing
  • dah garing masukkan pulak serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam dan gaul 3,4 minit..masukkan pula air hingga ayam tenggelam..masukkan kentang.
  • dah mendidih masukkan santan,gula melaka,garam dan serbuk perasa serta asam keping..dan daun limau purut..atau masukkan asam keping kjap je..agak-agak dah masam boleh keluarkan asam keping tu.
  • masak hingga kuah nampak pekat..masukkan cili hijau atau cili api jika suka pedas..biarkan seketika dan kentang dan empuk boleh tutup api.
  • sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment