Resepi Ayam Kuzi Istimewa

Ayam Kuzi Istimewa
Ayam Kuzi Istimewa

Bahan-Bahan:
Bahan untuk diperap:

  • 1 ekor ayam, potong 12 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit garam

Bahan untuk digoreng:
  • 250 ml minyak masak
  • 15 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 1/2 cawan kepingan badam 
  • (almond slices)
  • 1/2 cawan kismis
  • hati dan pedal ayam, potong kiub
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kuah:
  • 5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
  • 125 ml air
  • 3/4 tin susu cair
  • 120 gram (1 tin kecil) tomato puri
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:
  • Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
  • Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. 
  • Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. 
  • Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. 
  • Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  • Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. 
  • Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  • Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. 
  • Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment