|
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong |
|
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong |
Dah lama aku nak pekena mee goreng sotong ni di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park berdekatan dengan Padang Kota, Pulau Pinang. Last aku makan ni tahun 2017.
Boleh tengok review aku dalam blog ni pasai Hameed Pata Mee Sotong ni DISINI. Kalau tak kena time korang datang, kena beratur panjang la untuk sepinggan mee goreng sotong niπππ... Masa aku datang ni cam laju je sebab mee dah siap digoreng.... lepas aku dah settle beli, tengok belakang, mak aiiii...panjangnya beraturππππ...
|
coconut shake |
Lagi satu aku nak rekomen kat korang kalau datang Esplanade Park ni, selain Mee Goreng Sotong yang meletup sedap dan viral tu, korang kena try gak coconut shake. Memang ngam la makan mee goreng sotong dengan coconut shake....
|
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni |
|
kiri kanan ada gerai makanan |
|
Gerai Hameed Pata Mee Sotong |
Memang padu, dipersilakan untuk korang cuba mee goreng ni...tapi harus diingat, kena bersekali dengan coconut shake...baru sempoi terangkatπππ
Kepada yang datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map Hameed Pata Mee Sotong ni.
GPS Koordinat: 5°25'13.3"N 100°20'33.9"E atau 5.420364, 100.342744
No comments:
Post a Comment