|
Kafe Gelora Coffee & Tea, Kubang Semang |
Kafe ni viral kat media sosial. Mungkin deko dalaman yang rare, lain dari yang lain menjadi tarikan utama untuk orang datang dan menjadi viral. Deko dalaman seolah-olah kafe ni satu lukisan hitam putih. Rasa macam masuk dalam buku komik plak. Setiap inchi ruang seakan-akan dilukis. Contoh macam dalam gambar yang aku snap dalam kafe ni.
|
lukisan real, macam masuk dalam komik |
|
langsir, pokok pun macam lukisan |
Akhirnya sampai gak aku di sini. Selama ni asyik tengok orang review jer. Kafe Gelora Coffee & Tea ni terletak di Taman Oren Hartamas,Bukit Mentajam, Kubang Semang, Pulau Pinang. Kafe ni kat Penang yer.
Menu pun sempoi-sempoi gak. Ada juga terdapat pelbagai jenis kopi yang sedap. Boleh tengok menu seperti di bawah.
|
Menu 1 Gelora Coffee & Tea |
|
Menu 2 Gelora Coffee & Tea |
Setelah meneliti dan mentelaah senarai menu makan dengan ini aku membuat keputusan untuk bahawa aku akang meng"oder" Iced Cappuccino, Iced Cafe Mocha, Nasi Lemak Ayam Pandan, Meatball with Black paper sauce dan cheese & vege croissant.
|
Iced Cappuccino, Iced Cafe Mocha |
|
Nasi Lemak Ayam Pandan |
|
cheese & vege croissant |
|
Meatball with Black paper sauce |
Ok la, makanan pun not bad. Tempat makan pun yang rare. Sesuai untuk OOTD yang suka ambil gambar-gambar.
Kepada yang nak datang ke sini boleh la cari di Kubang Semang atau boleh terus guna gps koordinat dan google map.
GPS Koordinat: 5°24'29.8"N 100°28'40.1"E atau 5.408282, 100.477795
No comments:
Post a Comment