Kerabu Mangga, hidangan pembuka selera

Kerabu Mangga antara sajian yang boleh mengatasi masalah hilang selera kerana rasanya yang masam dan lemak bergantung kepada jenis mangga yang digunakan.

BAHAN:
• Dua atau tiga biji mangga muda
• Seekor ikan kembung, digoreng
• Sekuntum bunga kantan
• Empat biji bawang merah
• Dua biji cili api
• Garam secukup rasa
• Kacang tanah goreng, ditumbuk (jika suka)
• Udang kering digoreng tanpa minyak (jika suka)

CARA MEMBUAT:
1. Kupas kulit mangga dan racik halus. Jika tiada alat peracik, hiris dengan pisau. Ketepikan.
2. Hiris bawang merah, cili api dan bunga kantan. Siat isi ikan kembung. Masukkan semua bahan ini ke dalam pinggan.
3. Gaul semua bahan dan letakkan garam secukup rasa. Hidangkan.

NOTA:
Jika mahu mempel­bagaikan rasanya, boleh tambahkan kacang tanah goreng dan udang kering. Jika mahu menambah hirisan tomato juga boleh bagi menambah khasiatnya.

No comments:

Post a Comment