|
Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan |
Aku first time datang sini. Itu pun selepas tak boleh nak makan dalam IKEA sebab ramai sangat orang. Jadi aku cari je la restoran yang berdekatan dengan IKEA. Bistro Nasi Kandar ni kira dekat la dengan IKEA Batu Kawan. Masa aku datang ni, kira tempat ni baru la...Kawasan apartment yang ada lot-lot kedai di tingkat bawah. Mungkin lot-lot kedai ni untuk residen @ penduduk yang duduk dalam ni je kot. Sebabnya nak masuk ke sini, kena pakai pas @ kena pakai touch n go. Untuk sejam yang pertama free rasanya. Masa aku masuk tu, aku tak touch apa-apa kad pun, tetiba gate terbuka, apa lagi terus masuk jer la.. Tapi masalah bila nak keluar, boleh jadi gaduh ooo dengan guard. Ada ke guard taknak buka gate sebab kata aku masuk tadi tu aku main cucuk angin kereta depan??? Rasa last la aku makan di Bistro niπ‘π‘π‘
Ok berbalik kepada Bistro Nasi Kandar ni, dekat sikit bukan setakat nasi kandar yang korang boleh makan, diorang juga ada sediakan makanan yang goreng-goreng. Yang bukan peminat nasi kandar, boleh la order yang goreng-goreng ni.
|
ayam goreng |
|
lauk-lauk nasi kandar |
|
sayur-sayur nasi kandar |
|
ni nasi kandar yang aku makan |
Selain tu aku juga order mee goreng dan megi goreng.
|
megi goreng |
|
mee goreng |
Tanya aku? aku last la datang ke sini..bukan sebab Bistro ni tak sedap, tapi sebab aku dah bergaduh dengan guard yang tuduh aku macam-macam taknak buka gate masa aku nak keluarπππ
Korang boleh cari di Batu Kawan. Boleh guna gps koordinat dan google map seprti di bawah.
GPS koordinat: 5°14'26.1"N 100°26'16.3"E atau 5.240574, 100.437868
No comments:
Post a Comment