NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH
NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan A (Nasi Kukus)
  • 4 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
Cara Penyediaan :
  • Rendam beras lebih kurang satu jam. Kemudian toskan air dan cuci beras seperti biasa.
  • Sementara itu didihkan air didalam periuk kukus. Simpul daun pandan dan rebus bersama air tadi.
  • Masukkan beras ke dalam mangkuk besi (sediakan empat). 
  • Kemudian tutupkan dengan kain putih pada setiap mangkuk beras atau boleh juga jika anda mempunyai kain putih yang besar, balutkan pada penutup periuk kukus supaya air tidak menitik kedalam beras. Kukus beras selama 15 minit. 
  • Keluarkan semula beras dan rendam didalam air sehingga beras sejuk. 
  • Boleh juga selalu menukar air rendaman supaya beras cepat sejuk. Jika direndam dengan air sejuk, beras akan kelihatan lebih panjang. Keluarkan semula beras tadi. 
  • Kali ini gaulkan dengan 3 cawan air dan biarkan air menyerap ke dalam beras.Kukus semula ke dalam mangkuk besi tadi sehingga 15 minit atau sehingga masak.
  • Menggunakan teknik kukusan begini membuatkan beras kelihatan cantik berderai.
Bahan B (Ayam Goreng)
  • 1/2 ekor ayam (potong empat)
  • 1st serbuk ketumbar
  • 1st serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1sb serbuk kunyit
  • 4 tangkai daun kari (dilurutkan dan hanya ambil daunnya sahaja)
Cara Penyediaan :
  • Setelah ayam dicucikan. Rebus ayam dengan 8 cawan air atau 1 liter air.
  • Agak-agak dalam separa masak. Toskan ayam. Air rebusan tadi jangan dibuang.
  • Gaulkan ayam dengan kesemua bahan B dan perapkan selama satu jam.Kemudian panaskan minyak dan goreng.
Bahan C (Sambal)
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili api
  • 1 biji tomato
  • 3cm belacan
  • 2 biji limau nipis
Cara penyediaan  :
  • Bakar belacan sehingga masak. Tak mengapa jika ada kesan hangus terbakar sedikit.Kisar cili merah, cili api, tomato dan belacan yang telah dibakar tadi.
  • Hidangkan didalam mangkuk dan perahkan limau
Bahan D ( Kuah Kari Tanpa Santan)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 1sb serbuk kunyit
  • 2sb cili boh/ cili kering dikisar
  • 4sb serbuk kari
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • air rebusan ayam
Cara penyediaan :
  • Kisar bawang besar dan tomato.
  • Gaulkan bahan kisar bersama dengan serbuk kari dan kunyit.
  • Panaskan minyak dalam periukTumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan cili boh dan biarkan garingMasukkan air asam jawa
  • Tuangkan pula campuran bahan kisar tadi.
  • Apabila sudah garing masukkan air rebusan ayam. Taburkan garam.
  • Tunggu sehingga mendidih dan tuangkan kuah ke atas nasi kukus yang telah disedia untuk dimakan segera. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment