Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad |
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad |
Pada tahun 1990, Lembaga Muzium Negeri KEdah telah mencadangkan agar pihak Akid Negara Malaysia mengambil alih dan seterusnya memperbaiki rumah ini setelah mendapat persetujuan dari keluarga, usaha membaik pulih dimulakan pada tahun 1992.
Di dalam rumah ini dipamerkan segala peralatan asal, bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah hidup semenjak Tun Dr Mahathir dilahirkan sehinggalah beliau berkahwin yang kebanyakkannya diperoleh dari saudara-mara dan sahabat handai beliau.
galeri pameran (rumah bumbung lima) |
galeri pameran (rumah bujang) |
antara barangan yang dipamerkan |
Rumah Bujang mempamerkan bahan-bahan pameran yang memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kegiatan-kegiatan politik dari peringkat awal sehingga menjadi ahli UMNO, ahli parlimen, menteri kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pameran juga memperlihatkan aktiviti-aktiviti beliau dalam pertubuhan yang dianggotainya sebelum menceburi bidang politik. Hobi, aktiviti rekreasi dan makanan kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad juga dipamerkan dalam rumah ini.
Rumah Bumbung Lima pula memaparkan kisah pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad dari peringkat persekolahan sehingga ke Universiti, kariernya sebagai seorang doktor yang berjaya dan juga pernulisan beliau yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.
basikal kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad |
GPS koordinat: 6°06'47.5"N 100°21'46.3"E atau 6.113203, 100.362853
No comments:
Post a Comment