Badak Berendam |
Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:
Bahan untuk inti:
- 1/2 biji kelapa parut
- 2 sudu besar gula pasir
- gula melaka secukupnya
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 helai dauh pandan, ikat simpul
Bahan untuk kuah:
- 3 cawan santan
- 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan, ikat simpul
Bahan untuk badak berendam:
- 2 cawan tepung pulut
- 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
- 1/2 sudu kecil garam
- pewarna merah
- pewarna hijau
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk inti kelapa:
Cara-cara untuk inti kelapa:
- Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya.
- Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.
Cara-cara untuk kuah santan:
- Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
- Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.Hidangkan bersama bebola badak berendam.
Cara-cara untuk badak berendam:
- Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
- Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
- Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
- Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.
Kredit resepi: Che' Nom via i resepi
No comments:
Post a Comment