|
Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim |
Kedai Makan Abang Mat ni terletak di Sungai Ular, Kulim Kedah. Kat sini korang boleh bersarapan pagi roti canai. Standard la kan sarapan roti canai... yang rare di Kedai Makan Abang Mat ni, korang boleh bersarapan pagi nasi campur!💪💪💪... Alahhh nasi campur yang korang makan waktu tengahari tu.. di Kedai Makan Abang Mat ni nasi campur dah ada seawal sarapan pagi😋😋😋😋. Jadi apa lagi korang mau? Bedal saja laaa...
Tapi aku datang sini nak sarapan roti canai. Jadi aku order roti canai jer la. Nasi campur next time kalau datang lagi aku try plak nasi campur. Masa aku datang ni, diorang dah tukar sistem nak order style layan diri, so korang jangan dok harap ada orang datang nak ambil order kat meja😂😂
|
pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur |
|
roti canai kena ambil sendiri (layan diri) |
|
roti canai banjir |
Kepada yang nak datang ke Kedai Makan Abang Mat ni, boleh cari di Sungai Ular, Kulim atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat: 5°22'19.2"N 100°34'41.8"E atau 5.371999, 100.578264
No comments:
Post a Comment