|
Restoran Nasi Pak Ya |
Restoran Nasi Pak Ya ni terletak di Taman Keranji, Kulim Kedah. Nasi Pak Ya ni rare sikit la. Sebab dari nama macam restoran nasi campur melayu yang biasa. Tapi sebenarnya kalau korang masuk restoran ni, korang akan perasan bukan nasi campur yang style melayu tu. Nasi Pak Ya ni lebih kepada style nasi kandar...nak macam nasi lemak royale pun agak gak, sebab Pak Ya guna nasi kuning macam nasi lemak royale di Alor Setar.
Nasi Pak Ya buka dari pukul 10 pagi hingga ke 7 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Jumaat depa cuti.
Nasi ala nasi kandar di sedap gak arr..not bad.. recommended untuk hampa yang mai Kulim yang tengah cari-cari tempat makan tengahari sedap di Kulim. Sila la datang ke Nasi Pak Ya.
|
lauk pun macam lauk nasi kandar gak |
|
masakan sotong dan daging |
|
kuah untuk dicampur-campur - kuah campur |
Terbaik lah Nasi Pak Ya ni...aku ambil ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, kuah musti mau campuurr....nasi kaler kuning...
|
ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, nasi kuning kuah campur |
Kepada yang nak makan Nasi Pak Ya ni, boleh cari di Kulim dan kalau korang tak familier dengan pekan Kulim, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang ke Nasi Pak Ya.
GPS koordinat: 5°22'10.1"N 100°32'31.6"E atau 5.369471, 100.542102
No comments:
Post a Comment