|
Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi, Taman Kangkong, Lunas Kedah |
|
beratur panjang tunggu giliran nak ambil nasi |
Nasi Kandar Pokok Ubi antara port makan tengahari tumpuan ramai di Lunas Kedah. Terletak di Taman Kangkong. Memang kawasan ni nama taman dari nama sayur-sayuran. Jadi korang kena cari Taman kangkong, baru jumpa Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi ni.
|
waktu operasi dari 10 pagi hingga 3 petang |
Nasi kandar Pokok Ubi ni bukan restoran 24 jam. Korang kena datang waktu jam 10pagi hingga jam 3 petang sahaja. Maksudnya, buka hanya untuk makan tengahari saja. Kalau korang datang pukul 1 tengahari, korang kena hadap la sikit beratur panjang sebab waktu tu waktu orang bekerja keluar untuk cari makan tengahari.
|
tengah nak pilih lauk nasi kandar |
|
pergh! mantap ooo kari nasi kandar ni |
Sampai giliran untuk korang nak pilih lauk nasi kandar, nanti korang akan dengar tokey tu membebelππππππ....... Kalau korang lambat pilih, korang pun kena bebel gakπ
... Takpa, anggap ja hiburan tengahari.... Banyak lauk yang sedap-sedap.... Aku biasanya standard akan pilih ayam goreng je kalau makan nasi kandar... korang boleh cuba la yang lain-lain...
|
nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, kuah campur! |
|
nasi kandar ayam goreng, sayur tougeh, telur masin, kuah campur! |
Sedap bak hang! Mai la cuba Nasi Kandar Pokok Ubi ni. Cari di Taman Kangkong, Lunas Kedah. Kalau tak jumpa juga, sila guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:
GPS koordinat: 5°25'13.4"N 100°32'57.3"E atau 5.420377, 100.549257
No comments:
Post a Comment