Resepi kuih ketayap/dadar gulung

kuih ketayap/dadar gulung
kuih ketayap/dadar gulung

 Bahan:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 1/2 cwn air pandan @ santan cair
  • Blender semua bahan hingga halus

Inti kelapa:
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cwn gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir (ikut la nk manis mana)
  • 1/2 cwn air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum (biar inti tak berderai)
  • Secubit garam
-masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut..tapis air gula
-masukkan kelapa.kacau hingga air kering dan kelapa masak.last masukkan tepung gandum..kacau sebati

*kalau suka inti warna hitam masukkan sedikit kicap pekat..

-nak mudah guna kuali nonstick

No comments:

Post a Comment