Bibimbap |
Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masakan ini adalah:
- 280g sayur bayam
- Minyak bijan
- Cuka beras
- Garam dan lada hitam
- 225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
- 1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
- 1 lada hijau, dihiris halus
- 3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
- 2 biji telur
- Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
- Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan.
Cara memasak:
- Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut.
- Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam.
- Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.
- Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi.
- Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati.
- Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit. Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
- Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.
No comments:
Post a Comment