|
Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani |
Peminat makanan ala-ala barat ataupun depa panggil western food, boleh la nak cuba makan di restoran Overstepped Cafe yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Restoran ni kat tingkat 1. Tingkat bawah ada kedai jual barang-barang untuk buat kek.
Makanan sedap dan sempoi-sempoi dok ada..tak ranjau punya kat hampa. Ada banyak menu best-best yang ampa kena cuba. Kalau nak makan makanan korea pun depa ada jual. Nasi lemak pun ada jugak, tapi ala-ala hipster la sikit..
Restoran Overstepped Cafe ni buka dari hari Selasa hingga Ahad bermula pukul 12 tengahari sehingga jam 12 tengah malam. Depa cuti hari Isnin. Toksah dok mai la hari Isnin, depa katup kedai..
|
keadaan dalaman overstepped cafe |
|
stesen depa buat ayaq dgn kaunter bayaran |
Masa aku mai ni, kira masa kerajaan benarkan untuk dine-in dalam restoran...sebelum ni lockdown pasai isu covid19. Jadi ada SOP sikit la bila nak masuk dalam restoran ni kan... takda masalah selagi dapat jadi SOP, perut pun terjaga secara automatik..hihihi..
GPS koordinat :
5°40'22.4"N 100°30'23.8"E atau
5.672895, 100.506609
Nak tanya, ada surau dak kat sana?
ReplyDeleteAda
Delete