BLUEBERRY SLICE CAKE

BLUEBERRY SLICE CAKE
BLUEBERRY SLICE CAKE

Mula-mula sediakan 2 keping kek span empat segi  bersaiz 10 X 10 inc

Anda boleh guna kedua-duanya  kek span coklat atau kek span vanilla, atau anda boleh ikut macam ita buat 1 keping kek span vanilla dan 1 keping kek span coklat.

Krim Bluberry:
  • 2 biji kuning telur
  • 40 gm gula icing
  • 100 gm bluberry compote
  • 12 gm gelatin halal
  • 35 ml air
  • 150 gm yogurt perisa bluberry atau plane pun boleh
  • 180 gm krim bukan tenusu
Cara buat:
  • Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
  • Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia melarut ~ ketepikan
  • Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim
  • Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati
  • Masukkan yogurt dan blueberry filling dan kacau rata
  • Dalam bekas berasingan , putar krim bukan tenusu hingga kental
  • satukan krim bukan tenusu dalam adunan bluberry dan kaup balik rata
Blueberry Jelly:
  • 1/2 tin blueberry compote
  • 6 gm gelatin
  • 35 ml air
Cara buat:
  • Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang
  • Panaskan gelatin secara kukusan hingga ia mencair
  • Lenyekkan sedikit bluberry compote
  • Dalam periuk kecil masak blueberry compote, kalau terlalu pekat tanmbahkan sedikit air
  • Tuangkan gelatin dan kacau rata
Kaedah Penyediaan:
  • * untuk membuat kek ini sebaiknya anda mempunyai ring 4 segi 10 X 10 inc intuk memudahkan mencurahkan jelly supaya jelly tidak meleleh
  • Letakkan sekeping kek span coklat
  • Ratakan atau paipkan krim blueberry di atasnya dan ratakan
  • Letakkan pula sekeping kek span vanilla
  • Letakkan juga krim bluberri dan ratakan
  • Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam  hingga krim mengeras
  • Sementara tunggu krim keras barulah kita sediakan Blueberry Jelly
  • Bila krim dah keras tuangkan jelly di atasnya
  • Simpan dalam peti ais semula hingga mengeras

No comments:

Post a Comment