RESEPI MEE REBUS

MEE REBUS
MEE REBUS 

Bahan-bahan(untuk 2 kg mee kuning):
  • 2 kg mee kuning
  • 1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris.
  • Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.
  • 4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.
  • 1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
  • 1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 1 inc halia ~ di kisar
  • 1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
  • 3 batang serai ~ di ketuk perdunya
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 2 keping asam keping.
  • cili kering dikisar untuk rasa pedas 
Cara-cara:
  • Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.
  • Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
  • Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas. Ita dah kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar.
  • Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
  • Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.
  • Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
  • Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
  • Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air.
  •  Boleh gunakan air rebusan daging.
  • Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar. Ita tambahkan cili kering kisar sedikit. Dalam resepi tak ada cili kering.
  • Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
  • Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. 
  • Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Kak campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
  • Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
  • Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
  • Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
  • Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Ita guna kentang dalam resepi ini.
  • Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. Ita tambahkan gula Melaka kerana ita suka kuah yang rasanya lemak. Ita juga tambahkan asam keping. 
  • Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
  • Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat
  • Dah pun siap kuah mee rebus kita.
  • Mee rebus di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.
  • Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum. 
  • Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain. 
  • Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup.

Kredit resepi: ita

No comments:

Post a Comment