Kereta yang bateri dah dua tahun pakai, lepas tu kereta tersadai kat depan rumah tak keluar mana-mana akibat PKP ke lockdown ke atau sebagainya berkemungkinan bateri kong adalah sangat tinggi. Kalau kereta manual ok lagi, masuk gear dua, then pakat tolak ramai-ramai, InsyaAllah hidup enjin tu. Tapi macam mana pulak dengan kereta auto? Kalau kereta auto, cara-caranya adalah seperti dibawah:
- Kalau jenis kereta korang Front Wheel Drive (FWD), angkat satu sisi tayar depan (pakai jack, jangan pakai kederat korang). Kalau Rear Wheel Drive (RWD),angkat satu sisi tayar belakang.
- Kemudian letakkan kunci pada posisi ON, iaitu enjin dalam keadaan ON.
- Letak gear pada posisi D.
- Lilit tayar dengan tali seperi lilit gasing.
- Tarik tali tersebut sekuat hati seolah-olah macam korang nak main gasing.
- Korang akan dapati enjin akan dapat dihidupkan dan tayar berpusing laju.
- Sebelum korang turunkan jack, pastikan ubah gear ke posisi N dan tarik hand break. Pastikan juga tayar dah tak berpusing.
- Dah boleh start tu, terus bawa kereta korang ke bengkel untuk tukar bateri baru.
sepatutnya jalan2 cari batery kereta
ReplyDelete