RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)

 

TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)
TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)

BAHAN-BAHAN 
  • Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Lengkuas 3 cm dihiris
  • Tomato ( dibelah )
  • 2 helai Daun limau purut ( dihiris )
  • 1 helai Daun kunyit ( dihiris ) 
  • Santan fresh 700ml
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 1-1½ cawan minyak
  • Bawang besar 1-2 biji *
  • Bawang putih 4 ulas *
  • Halia 3cm *
  • Kunyit hidup 3cm *
  • Cili hijau 3 batang *
  • Cili padi hijau 10 batang *
  • Cili kering 7-10batang *
P/S =  • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
           • Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *

CARA MEMASAK 
  • Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur, Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
  • Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
  • Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering
  • Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
  • Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata 
  • Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
  • Angkat dan siap untuk dihidang .

No comments:

Post a Comment