Bawang Putih
Bubuk sebenarnya tidak suka bau-bauan, jadi kerana bau bawang putih yang agak kuat menyebabkan serangga ini tidak suka mendiami bekas beras yang ada bawang putih.

Cili Kering
Jika bekas beras anda sudah dimasuki bubuk, Cuma masukkan cili kering kerana fungsinya sama dengan bawang putih menyebabkan bau kuat selain bersifat panas.

Daun Pudina
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras.

Kayu manis
masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras kerana baunya yang kuat.

Daun Limau Nipis
Letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras kerana sifat asidnya.

Lada Kering
Rempah ini juga menyebabkan bubuk tidak senang dengan baunya, caranya cuma masukkan lada hitam dalam kain, ikatkan seperti bekas sup bunjut, masukkan dalam beras.

Jemur Di Tempat Panas
Masukkan beras ke dalam talam, kemudiannya jemur ditengah panas, menyebabkan bubuk akan melarikan diri kerana suhu meningkat.

Tutup Dengan Kain Lembab
Menggunakan kain basah adalah salah satu cara untuk mengasingkan bubuk kerana, jika beras dimasuki bubuk, tutup bekas beras dengan kain lembab di mana ia akan menyebabkan bubuk berkumpul di kain berkenaan kerana serangga ini sukakan tempat lembab.

No comments:
Post a Comment