Resepi Puding Keju Karamel

Resepi Puding Keju Karamel
Resepi Puding Keju Karamel

Bahan-bahan :

Bahan karamel
  • 3 sudu besar gula

Cara-Cara
Buat karamel dengan menghanguskan gula dalam loyang tahan panas. Apabila gula telah cair dan bertukar kepada warna perang, gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Ketepikan dan biar karamel membeku.

Bahan Puding
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 100gm cream cheese
  • 80ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar sunquick
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1sudu teh tepung kastad
Cara-Cara
  • Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam.
  • Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.
  • Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment