RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 orang makan)

 

nasi briyani dan daging masak kandar
nasi briyani dan daging masak kandar

Bahan-bahan:
  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 5 sudu besar marjerin planta ( atau apa-apa marjerin pun boleh)
  • 3/4 tin susu cair
  • 1 biji bawang besar, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar (optional)
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
  • 2 kiub ayam maggi
  • Garam secukup rasa
  • 2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
  • Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
  • Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...
  • Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
  • Masukkan kismis..Kacau rata...
  • Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
  • Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...
  • Dengan menggunakan batang sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...
  • Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak...
  • Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah... Seelok-eloknya gunakan chop stick atau garfu..
  • Boleh laa dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing-masing....

________________________________________________________________

Daging Masak Kandar

  • 1 kilo daging
  • 20 ulas bawang kecil( dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 7 buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 15 tangkai cili kering-direbus
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2in halia(kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)
  • ***bahan-bahan yg rendam tu, nanti airnya tu blend sekali...jangan buang airnya..
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan kicap pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4-5 tangkai daun kari
  • gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara-caranya:
  • Tumis bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan
  • masukkan bahan-bahan blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
  • Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
  • Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing.
  • gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..

No comments:

Post a Comment