RESEPI KEK MINYAK GEBU GEBAS

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate 
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas atau pisang 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • Pewarna yg disukai

Cara-caranya:

  • Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan. 
  • Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu (lebih kurang 5 minit).
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati. 
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
  • Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
  • Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata. 
  • Sediakan loyang 8 inc. 
  • Lapik dasar loyang dengan kertas minyak. 
  • Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
  • Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
  • Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap. 

No comments:

Post a Comment