Cream Puff |
Bahan-bahan :
- 100 gm butter
- 170 gm air
- 140 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri
- 250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
- sedikit vanilla,gula dan garam
Cara Membuat:
- Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
- Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.
- Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
- Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Intinya:
- 415 ml susu segar
- 5 biji kuning telur
- 25 gm tepung jagung
- 100 gm gula
- 2-3 sudu makan cream jagung
- sedikit vanilla
Cara Membuat:
Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.
No comments:
Post a Comment