|
Restoran Nursya Selera Kampung ( Nasi Campur dan Ikan Bakar) |
Restoran Nursya ni menyajikan makanan untuk tengahari yang sedap yang berkonsepkan selera kampung iaitu nasi campur dengan masakan-masakan kampung yang sedap dan menyelerakan.
Restoran ini juga ada juga menyediakan menu ikan bakar yang boleh dimakan bersama air asam, sambal belacan yang juga ulam-ulaman yang pasti membangkitkan selera korang.
Keadaan restoran yang agak luas memberikan keselesaan kepada para pelanggan yang datang ke sini terutamanya pada waktu tengahari. Gambar di bawah meunjukkan pelbagai jenis masakan yang terdapat di restoran Nursya ni.
|
pelbagai jenis masakan di restoran Nursya |
|
ikan goreng dan ayam goreng. ayam goreng kipci pun adoooo |
|
ikan bakar, ayam bakar dan pelbagai jenis ulam-ulaman |
Jadi, dari hasil pemerhatian aku terhadap semua jenis masakan dan lauk pauk, maka aku telah buat keputusan untuk makan nasi campur ikan siakap bakar bersama air asam, sayur salad dan 3 biji kacang botol.
|
nasi campur ikan siakap bakar bersama air asam, sayur salad dan 3 biji kacang botol.
|
Begitulah kisah aku di Restoran Nursya, Kulim. Kalau korang nak datang makan tengahari di Restoran Nursya ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS Koordinat : 5°23'45.1"N 100°33'32.3"E atau 5.395859, 100.558973
No comments:
Post a Comment