JENIS MAKANAN dan MASALAH HATI

Terdapat pelbagai jenis makanan untuk bantu masalah hati (fatty liver dan liver cirrhosis). Di antaranya adalah,:

1. Minum air bawang putih (ikut cara penyediaan yang ditulis sebelum ini). Jangan ambil banyak -            hanya 1 @ 2 ulas dgn segelas air sahaja. 
2. Makan cincau hitam. Kajian saintifik mendapati cincau hitam bertindak sebagai pelindung hati.              Dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti                SGOT, SGPT dan ALT
3. Minum teh hijau. Teh hijau bantu masalah fatty liver dan liver cirrhosis 
4. Minum jus kunyit dan sedikit serbuk lada hitam. Jus kunyit boleh bantu delay kerosakkan hati akibat     cirrhosis 
5. Minum air biji anggur (tumbuk dan campur air). Biji anggur kaya bahan khasiat procyanidin (bahan     antioksidan). Bahan ini lebih mudah diekstrak menggunakan air berbanding minyak. Procianidin             adalah antara bahan antioksidan yang kuat dan bantu masalah 'fatty liver' 
6. Makan banyak fiber, contohnya buah tin dan barli.
7. Makan lobak putih yang direbus. Glucoraphenin dalam lobak putih bagus untuk bantu masalah hati         terutamanya fatty liver
8. Minum air rebusan pokok dukung anak pada kadar 3g dalam 300 ml air panas
9. Minum air asam gelugur untuk bantu kurangkan lemak dalam hati.
10. Jika teringin nak makan ubi parut dahulu untuk hilangkan cyanide. 
11. Pastikan sayur di basuh bersih dan direndam garam terlebih dahulu (untuk buang racun). 
12. Kurangkan makanan berempah
13. Banyakkan minum air

Selain itu, yang ada masalah hati juga perlu ELAKKAN

1.  Elakkan memakan makanan jenis 'Night Shade Plant'.
     Contohnya, 
          a. Terung
          b. Cili
          c. Ceri
          d. Tomato
          e. Kentang 

2. Elakkan juga memakan makanan yang sudah busuk atau rosak seperti kentang  busuk dan halia busuk. 

No comments:

Post a Comment