Punca sebenar GOUT adalah GULA!

Ramai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!!

Pengambilan GULA pasir atau sukrosa juga meningkat dengan ketara sejak negara kita merdeka.

GULA mengandungi dua komponen utama iaitu GLUKOSA dan FRUKTOSA.

Kedua-duanya memberikan impak negatif kepada kesihatan jika diambil berlebihan tetapi yang lebih bahaya adalah FRUKTOSA.

FRUKTOSA juga tinggi dalam jus buah-buahan, HFCS (high fructose corn syrup) dan madu. HFCS banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman proses dan jem buah. Jus buah-buahan yang di jual dalam minuman kotak,tin atau botol mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi. 

Buah-buahan yang sangat tinggi fruktosa seperti durian, rambutan, manggis, anggur dan sebagainya jika diambil terlalu banyak juga boleh memudaratkan kerana kandungan fruktosanya yang tinggi. 

Madu juga tinggi fruktosa, tetapi ia tidak bahaya jika diambil secara sederhana, tetapi isu utama tentang madu adalah kebanyakan madu yang di jual di campurkan GULA pasir, dan ini akan menyebabkan khasiat madu itu hilang.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi ‘gout’ tetapi glukosa dan galaktosa tidak menunjukkan keadaan yang sama. Kajian  menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras  asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi ‘gout’.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ianya tanpa nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang telah dikaji mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk. 

Fruktosa  telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik. Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.

Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki. 

Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, durian dan sebaginya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout. 

Jika kita ingin makan buah-buahan pastikan pengambilan yang sederhana dan juga pastikan kita makan buah-buahan tersebut secara terus untuk mendapatkan SERAT yang tinggi didalamnya. SERAT ini bertindak mengawal jumlah penyerapan fruktosa daripada usus dan mengurangkan impak fruktosa berlebihan kepada organ hati kita. 

Kalau kita lihat diagram gambar ini, jelas menunjukkan fruktosa secara terus meningkatkan penghasilan ASID URIK yang menjadi punca berlakunya radang sendi GOUT. 

Dengan mengawal dan mengurangkan pengambilan FRUKTOSA secara khususnya GULA PASIR maka masalah GOUT boleh di kawal dan di pulihkan, Insyaallah

Penulis Buku : GULA RACUN PUTIH
Dr Norman Mohd Norawi

No comments:

Post a Comment