Siapa Sumayyah(dalam lirik lagu Sumayyah-Hijjaz)?

 Sumayyah adalah ibu kepada ammar bin yasir dan isteri kepada yassir.

Mereka 3 beranak ni antara 10 golongan pertama yg masuk islam, yang ikut ajaran nabi muhammad dikala semua kaum musyrikin dan keluarga nabi sendiri memulaukan baginda dan ajaran yang baginda seru.

Sumayyah pula adalah wanita golongan terawal yang peluk islam dalam sejarah islam.

Bila pembesar2 kafir quraisy tahu sumayyah dan keluarganya peluk islam, mereka teruk diseksa sehingga syahid yassir dan sumayyah

Mereka ni golongan lemah sebab tu kaum quraisy xtakut untuk seksa mereka sebab kalau mereka diseksa takde spe akan membela mereka kerana mereka sebatang kara. 

Kalau ikut adat org arab zaman jahiliyyah dulu , golongan yang berada dipandang tinggi , dan jika salah seorang kaum kerabatnya 'disentuh' oleh kaum lain, seluruh kerabat dia akan membelanya sehingga boleh berperang dan berbunuh - bunuhan.

Oleh kerana sumayyah ni bukanlah sesiapa , maka dia diseksa sesuka hati. Sumayyah dijolok dengan lembing daripada bawah kemaluannya sehingga tembus kepalanya dengan lembing tu dan syahidlah sumayyah, srikandi islam yang sanggup mati demi mempertahankan keesannya kepada Allah. 

Suaminya yassir pula dipanggang hidup2 atas bara api tanpa seurat benang pun atas badannya. Sehingga dikatakan daging - daging yassir jatuh atas bara api tu dek kerana panasnya api. 

Dan yassir mati syahid diatas panggang api tu.

Yassir dan Sumayyah diseksa sehingga mati depan ammar. Ammar meraung dan sedih melihatkan keadaan ibu bapanya diseksa sedemikian rupa.

Ammar pun dipanggang diatas bara api seperti ayahnya dan masa tu orang kafir yang menyeksanya tak henti henti memaksa ammar mengaku beriman kepada Al Latta dan Uzza ( dua berhala yang tertua dan paling disayangi oleh kaum kafir quraisy ) 

Mereka tetap menyeksa ammar dan seksaan tu hanya akan berhenti apabila ammar mengaku beriman kepada al latta dan uzza.

Dan akhirnya dek kerana tidak tertanggung sakitnya seksaan tu, ammar terpaksa mengaku beriman kepada latta dan uzza. 

Semasa ammar dilepaskan, teruk badannya terbakar sehingga menimbulkan kesayuan di hati para sahabat dan Rasulullah melihatkan keadaan Ammar.

Rasulullah menyambut ammar dan masih mengiktiraf keimanan Ammar bin Yassir kerana Ammar mengaku dalam keadaan terpaksa kerana diugut dan hatinya masih teguh mengEsakan Allah s.w.t. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala Isi Hati.

Ammar pun ikut sekali Nabi berhijrah ke Madinah bersama para sahabat lain yang selamat dari seksaan kaum kafir quraisy untuk mendapatkan perlindungan .

LIRIK LAGU SUMAYYAH (HIJJAZ)
Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah
Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah
Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

No comments:

Post a Comment